Assalamualaikum :)

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Website kami. Bacalah sesuka hati. Jangan lupa Share :)

Review Product Anda Sekarang!!!

Review Product Anda Di Website Kami. Whatsapp 01113166639

JUBAH ELRAH EXCLUSIVE

Dapatkan Jubah Exclusive Untuk Anda Dan Orang Yang Tersayang. Click Pada Gambar Untuk Info Lanjut. Stock Semakin Terhad!!!

Keperluan Asasi

Pakaian Merupakan Keperluan Asasi Manusia. Blog Ini Akan Merungkai Pilihan Pakaian Yang Sesuai Untuk Anda Miliki.

Wanita

Wanita Adalah Di Antara Penyumbang Terbesar Di Dalam Pembentukan Sesebuah Tamaddun

Thursday 8 October 2015

Post Da'i Izzhar Cecah 40k Likes???

Salam sejahtera semua rakyat Malaysia!! Apa khabar sahabat2 semua??? harap2 Sihat sejahtera la hendaknya ya.. pie nak kongsi benda letop C4 harini.. cuba bros bros(BRO) lihat posting dibawah..

[ Facebook tak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.]Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran...
Posted by Izzhar Nazri on Friday, 18 September 2015

Ha terkejut kan3... Tu la, pie pun tercengang bila dapat tau berita ni. Padahal Post tersebut hanya di post pada account fb biasa. Bukan di fanpage yang biasanya user boleh raih like melalui fb ads...

 nak tau ape yang da'i Izzhar post tu? Nah!! Pie dah copy cat kan untuk korang semua. BACA SAMPAI HABIS TAU!!!

[ Facebook tak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.]

Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan keluarga. Biasa kan?
Bila tengok, apa kita rasa?
Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.
Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.
Ini pesan sifu saya, Faisal Abdullah.
.
“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”
.
Kadang-kadang, saya rasa bersalah bila orang cakap, “Kalaulah aku boleh jadi macam Da’i Izzhar, mesti best.”
Seolah-olah saya ada kehidupan yang sangat sempurna!
.
Berapa ramai yang tahu selama ini saya ke sri pentas untuk mengacara MHI dengan motor Honda kapcai?
Berapa ramai yang tahu saya pernah solat subuh tepi jalan raya sebab motor rosak dan saya ada 7 minit lagi nak On Air?
Berapa ramai yang tahu lepas habis ceramah waktu malam saya tersadai tepi jalan sampai 3 pagi sebab dah tak larat nak drive balik rumah?
.
Sebab disebalik apa yang kita nampak, sebenarnya banyak lagi yang kita tak nampak.
Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.
Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.
.
Tak perlu salahkan takdir kenapa hidup aku tak best macam orang lain.
Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.
Sebenarnya, hari ni juga kita boleh mula tulis skrip kehidupan yang kita idamkan. Mulakan dengan syukuri apa kita ada, teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti hidup kita.
Chaiyok!

Izzhar Nazri.
Pelajar Tahun Akhir,
Ijazah Sarjana Muda Psikologi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Begitulah kisahnya.. terima kasih bros bros sebab baca sampai habis..