Tuesday 16 February 2016

10 Asatizah Paling Popular Di Facebook(Malaysia) 2016

Berikut Adalah Senarai 10 Page Asatizah Malaysia Paling Popular Di Facebook Bermula Dari Bawah.


Ustaz Ismail Kamus

Lahir Pada: 2 December 1948

Pernah Mendapat Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor untuk tahun 1433 Hijrah

Pendidikan awal secara resmi Yang Mulia Dato bermula di Sekolah Arab Batang Kali dan berlangsung selama 6 tahun sebelum ke Ma’ahad Hisyamuddin, Kelang dimana beliau berguru dengan seorang ulama tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.

Kemudian Beliau melanjutkan pelajaraan ke Kolej Islam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapat ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada tahun 1976.

 Yang Mulia Dato juga pernah menuntut di Beaver College Pennsylvenia, Amerika Syarikat.

Baca Lanjut: http://assalambs.blogspot.my/2011/10/biodata-ustaz-dato-ismail-kamus.html
_________________________________________________________________________________


Zahazan Mohamed

 dilahirkan di Melaka pada tahun 1974.
Mendapat pedidikan rendah di Sek Keb Kg Gelam, Melaka antara tahun 1981-1986.Bersekolah menengah di SMKA Sultan Muhammad, Melaka dalam tingkatan 1-3 pada tahun 1987-89.Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4, dalam jurusan Sains Sosial di Kolej Islam Sul Alam Shah, Klang hingga tahun 1991

Meneruskan pendidikan ke peringkat Ijazah antara tahun 1992-96 dalam Bahasa Arab & Syariah di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.Kembali ke Malaysia lalu menyambung Dip.In Education di MPI, Bangi dalam tahun 1997 .Meraih Sarjana dalam bidang Bahasa Arab dari UM pada tahun 2001.Memperolehi PhD dalam bidang Balaghatul Qur`an ( tajuk Zahiratut Takra:r Fil Qur`a:n ) dari universiti yang sama .

 Pernah bertugas sebagai pensyarah Bahasa Arab di Jab.Bahasa Al-Quran, di CELPAD UIA dari tahun 1998-Mei 2009.Berpengalaman dalam memimpin kursus dan membimbing jemaah haji dan umrah yang bertauliah dari Lembaga Tabung Haji.Kerap terlibat dalam bidang dakwah di akhbar ,majalah, radio dan TV dalam dan luar negara.
_________________________________________________________________________________


Merupakan Seorang Pendakwah Bebas Berkelulusan Universiti Al-azhar Dalam Bidang Syariah Dan Undang-undang, Pengasas Kompleks Darul Thibbun Nabawi, Penasihat Kompleks Ilmu Al-azhari, Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (Gappima). Beliau Sering Dijemput Untuk Siaran Tv Dan Radio Seperti Tanyalah Ustaz, Zikir Hati, Semanis Kurma Dan Rancangan Radio Ikim.fm.

Pendidikan:
1. Sekolah Kebangsaan Damak Jerantut Pahang
2. Sekolah menengah Maahad Darul Anuar Kota Bharu
3. Sekolah menengah Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu
4. Universiti Al-Azhar Mesir (bidang Syariah dan Undang-undang syukbah Islamiah)(1995-1999)
Baca Lanjut: http://www.fatehteam.com/ustaz/ustaz-ahmad-dusuki-page/biodata-ustaz-ahmad-dusuki/
_________________________________________________________________________________


NAMA: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
LAHIR: 1971
TEMPAT LAHIR: Bukit Mertajam, S. Perai, Pulau Pinang

JAWATAN:
*Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM. (JAWATAN TETAP)
*MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS (dipinjam dari USM oleh Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008).
*Pensyarah USM, Prof Madya Bahagian Pengajian Islam, Pengkhususan Hadith
*Fellow OCIS, Oxford University, Oxford (2011-2012)
*Ahli Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs)

PENDIDIKAN FORMAL:
*Sek Men Agama Al-Irsyad, S. Perai, P.Pinang
*Kolej Islam Klang
1. B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan
2. M.A Pengajian Islam USM. Tajuk: Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.
3. Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003). Tajuk: Sabab Wurud al-Hadith: Dirasat Tahliliyyat Bi Tarkiz Khas ‘ala al-Dawabit wa al-Ma’ayir.
4. IJAZAH HADITH: mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001). Sila lihat artikel: KEMBARA ILMU KE INDIA

ANUGERAH:
*2012: Darjah Dato’ bergelar Perlis yang membawa gelaran Dato’ Arif Perkasa
*Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis.
*Penerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H.
*Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H
*Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H

Baca Lanjut: http://drmaza.com/home/?page_id=585
_________________________________________________________________________________


Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias (28 november 1972) atau lebih dikenali di media massa dengan panggilan Ustaz Kazim adalah seorang penceramah bebas yang terkenal di seluruh Malaysia. Ceramahnya banyak dimuatnaik di laman youtube. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latarbelakang masyarakat. Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau. Merupakan pengasas dan pengetua untuk Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg Manjoi, Ipoh, Perak. Ustaz Kazim juga banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan agama Islam. Beliau sering dijemput untuk memberi ceramah disekitar tanah air terutama termasuk Singapura dan Brunei. Selain itu juga dijemput menjadi ahli panel atau pensyarah di siaran-siaran televisyen & radio utama nasional dan juga ceramah perdana. Selain itu beliau juga mempunyai Rakan2 FB seperti Ahmad Naqib bin Shuid dan lain2.

Pendidikan:
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tok Sajak, Batu Kurau Perak. Kemudian menyambung persekolahannya di Sekolah kebangsaan Besout, Sungkai Perak apabila ibunya ditukarkan ke Sungkai. Menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Besaut. Disini lagi bliau telah menunjukkan ciri ciri kepimpinan apabila dilantik menjadi pengawas dan ketua pelajar dan juga mula mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu agama melalui buku-buku yang diperoleh dari perpustakaan sekolah. Oleh kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang agama, beliau telah memohon dan berjaya memasuki Sekolah Agama Syubbaniah, Batu Kurau selepas tingkatan 5 dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau kemudian menyambung pembelajarannya di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Negeri Perak di Masjid Negeri Perak sehingga mendapat Diploma Tahfiz Al Quran.

Baca Lanjut: http://blogr.my/103773/biodata-al-fadhil-ustaz-mohd-kazim-elias-al-hafiz-ceritaku-di-mana-mana-saja/
________________________________________________________________________


AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin & syaitan.

 Beliau berasal daripada Machang, Kelantan.

 Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Air Merah dan Sek. Men. Arab Shamsul Maarif. Kemudian beliau menyambung pengajian tinggi di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab. Selepas itu menyambung pelajarannya ke Mesir selama 3 tahun.

 Beliau mendapat belaian tarbiyyah secara langsung daripada gurunya bernama SYEIKH WAHID ABDUS SALAM BALI (tersohor di kalangan para mua'lij perubatan Islam).

Beliau pernah menuntut ilmu dengan guru-guru yang tersohor dalam perubatan Islam seperti di KAFUR-SYEIKH (Mesir), TANTA, DASUK dan MANSIYATUL ABBAS selama 6 bulan.

 Kini beliau mempunyai 1000 anak murid di seluruh tanah air yang mengikuti pengajiannya. Selain mengadakan kuliah dan kelas komprehensif, beliau turut membuat pembentangan kertas kerja mengenai Perubatan Islam menangkis kejahatan Ilmu Hitam di Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia.

 Berita mengenai pengamalan perubatan beliau turut disiarkan didalam surat khabar Mesir apabila beliau berjaya mengubati seorang peguam yang diganggu jin wanita yang berusia 2000 tahun (jin yang wujud pada zaman fir'aun laknatullah). Dengan kemahiran beliau mengenai selok belok perubatan Islam, adalah diharapkan masyarakat kita dapat mengambil manfaat dari setiap seminar/bengkel yang dijalankan.
________________________________________________________________________


Berasal dari Pulau Pinang dan dilahirkan pada 14 Nov 1984 di Hospital Besar Bukit Mertajam.

 Beliau mendapat pendidikan di Tadika Masriyah Bukit Mertajam. 1997-2001 beliau menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Nibong Tebal.

 Selepas tamat pengajian diperingkat sekolah menengah, beliau melanjutkan pengajiaannya diperingkat Diploma di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulau Pinang (sebelah Masjid Negeri P.Pinang) pada 2002-2004, dan peringkat Ijazah Sarjana Muda di Maahad Qiraat Shoubra, Mesir pada tahun 2005-2008. Beliau juga biasa mendengar dan menghadiri majlis Ulama’-ulama’ di Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam.
________________________________________________________________________

1,169,015 Liker's

HJ. MOHD ZAMRI BIN HJ. MOHD ZAINULDIN
Jurulatih / Perunding Motivasi 

PENDIDIKAN

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab & Pengajian Islam, Universiti Hasimete Zarqa’ Jordan.
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Major Bahasa Arab, Minor Pendidikan Islam, Maktab Perguruan Islam Bangi.
Sarjana Tafsir dan ‘Ulum Al-Qur’an, Universiti Antarabangsa Madinah (Madinah International University).

PENGALAMAN – 8 TAHUN

SMK Batu Muda Kuala Lumpur – guru akademik.
Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Bekas Pensyarah Bahasa Arab dan Dakwah.
Mantop Training and Consultancy (Enterprise) - Pengarah Urusan.
Mantop Training and Consultancy Sdn Bhd - Master Trainer / Motivator.

PENGALAMAN DALAM ‘CONSULTANCY’

Mengendalikan pelbagai Latihan yang melibatkan soft skill di agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti JPA, MPM, Pos Malaysia, KUIS, LHDN, Takaful Ikhlas, Perodua, SYABAS, TNB, MPSJ dan banyak lagi.
Secara aktif mengendalikan motivasi pelajar di IPT dan sekolah.
Mengendalikan lebih 30 Kem Smart Solat.
Jurulatih kepada program Kursus Bina Insan Lembaga Zakat Selangor sejak 2009.

Baca Lanjut: http://anizyn.blogspot.my/2011/08/biodata-profil-ustaz-mohd-zamri-bin-hj.html
________________________________________________________________________


Nama: Ustaz Azhar Idrus

 Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.

 Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)

 Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.

 Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.

 Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas.

 Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Baca Lanjut: http://biodata-tokoh.blogspot.my/2012/03/ustaz-azhar-idrus.html
_________________________________________________________________________________


Nama penuh beliau ialah Siti Nor Bahyah binti Mahamood.

 Dilahirkan pada tahun 1966 di Pulau Pinang.

Mendapat pendidikan awal di Maktab Mahmud, Kedah. Melanjutkan pendidikan di Universiti al-Azhar, Mesir dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab.

 Memulakan karier sebagai seorang pendakwah yang berkebolehan. Berbekalkan ilmu, pengalaman serta teknik penyampaian yang berkesan, merupakan aset utama beliau dikenali ramai di kalangan masyarakat.

 Beliau sangat komited terhadap bidang pendakwahan secara profesional. Sering muncul dalam program TV, radio, majalah, akhbar dan menjadi duta pelbagai produk.

 Malah, suami beliau iaitu Ustaz Wan Akasyah juga merupakan seorang penceramah agama dikenali ramai dan sering muncul di program TV dan majalah.

 Sentiasa mendapat undangan ceramah, membentang kertas kerja dan seminar di seluruh semenanjung, Sarawak, Sabah, Singapura & Brunei. Beliau juga merupakan kolumnis di Majalah Anis, Harmoni, Nona, Mingguan Wanita dan lain-lain lagi.

Telah menghasilkan 40 album pelbagai tajuk ceramah agama, motivasi dan tips dalam bentuk VCD, CD dan kaset. Mengarang 8 buah buku yang cukup bernilai. Dianugerahkan ‘OUTSTANDING ACHIEVEMENT’ dalam penjualan album daripada Telaga Biru Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Jalinan Berkat Sdn. Bhd. dan penasihat Hijrah Toyyibah Network Sdn. Bhd.

________________________________________________________________________

Data di atas diambil dari beberapa website dan Facebook tokoh sendiri.

Jangan Lupa Share ya :)

0 comments:

Post a Comment