Thursday 4 February 2016

JODOH KITA

Kebiasaan apabila sudah mencapai umur dewasa, semua akan rasa mahu berpasangan. Ya betul, Semua mahukan tu. Tapi macam mana? Dalam keadaan belum ada apa2 persediaan dan pengalaman. Makan, minum dan pakaian pun ibu bapa yang tanggung, so camne

Soalan ni pasti akan bermain di fikiran sesiapa saje yg baru berputik dihatinya ingin berpasangan... Actually bende ni adalah normal dan bukanlah suatu yg pelik dan janggal... Semua manusia yang normal akan hadapi bende2 camni. Persoalannya, Bagaimana kita nak hadapi bende2 camni...?

The first thing is JODOH bukan kuasa kita yang menentukan dengan siapa dan bila. Kuasa kita adalah berusaha ke arah JODOH kita. Macam mane nak usaha tu? Ianya tak semudah yang disangka, dan digambarkan didalam drama2 dan filem2 cinta seperti mana kebiasaan penamatnya adalah bahagia... TAK!!
Mari kita hidup di alam yang nyata dan tinggalkan hidup yang fantasi... 

USAHA TANPA HARAPAN

Ok, usaha mendapatkan jodoh... Saya tahu masing2 punya citarasa mahu mempunyai pasangan yang bagaimana dan tak salah untuk memilih. tapi dalam memilih kita perlu berhati2 dengan orang yang bukan citarasa kita, jangan sampai menghina kerana dia bukan yang memenuhi citarasa kita, sebab ketahuilah sebenarnya ada manusia lain yang bakal menjadi pasangan hidupnya walaupun dia tidak memenuhi citarasa kita tidak bermakna dia juga tidak memenuhi citarasa orang lain, kan3... oleh itu, tanamlah sifat kasih sayang kepada semua manusia sebab kita akan perlukan satu sama yang lain nanti. so dapat ya point saya? GOOD :)

Seterusnya apabila sudah berjumpa dengan orang yang mengikut citarasa kita maka pasangan kita, maka jangan terus menaruh harapan pada dia bahawa dia akan terima kita.. jangan itu sangat berbahaya... Sebab dia belum tentu boleh terima kita sebagai pasangan hidup dia, betul tak? jadi jangan letak apa2 harapan langsung terhadap dia... takut nanti kecewa bila ditolak... skiiit wooo :) 
Gunakan beberapa cara untuk tackle dia...

Cara Pertama: cara ni adalah cara yang agak selamat iaitu menggunakan orang ketiga untuk tolong tanyakan masih single dan mahukah menerima lawaan kita untuk menjadi pasangan hidup. orang ketiga tu boleh jadi kawan kepada orang yang kita minat tu, ataupun boleh jadi ibubapa kita yang sendiri akan berjumpa dengan keluarga orang yang kita suka tu, apa orang melayu panggil? adat merisik, ha gitu la...

Cara Kedua: Ini adalah cara berani mati. Kita sendiri pergi berjumpa dengan orang yang kita suka tu dan cakap kita suka dengan dia dan mahu dia menjadi pasangan hidup kita, atau kalau kita kenal dengan keluarga dia kita direct sendiri pergi berjumpa dengan keluarga dia... ingat, niat mesti kene baik. Bukan nak suka2, kita nak meneruskan hadapi hidup bersama pasangan kita dan mahukan yang terbaik dalam pasangan ini langsung melaksanakan fitrah kita sebagai manusia yang mahukan berpasangan.

Jika korang gunakan cara kedua ni, pastikan juga jangan meletak apa2 harapan yang tinggi, kerana boleh jadi kita boleh di reject begitu saje, takut nanti frust tak tentu hala pulak dan semua kerja dan tanggungjawab kita terabai... jika diterima Alhamdulillah, teruskan perhubungan sehingga ke jinjang perkahwinan.

BERANI TANGGUNG RISIKO

Walaupun si dia sudah meneriam lawaan kita untuk menjadi pasangan hidup kita, please jangan letak apa2 harapan yang tinggi lagi, sebab apa2 boleh jadi di pertengahan perjalanan menuju perkahwinan kita. So just be cool and steady :) dan Usaha sebaik mungkin supaya perjalanan menuju perkahwinan nanti akan temui hikmah yang baik2,

Tau tak, dalam on the way nak ke alam perkahwinan dan menjadikan dia sebagai jodoh kita nanti akan ada banyak duri2 yang melintang? Banyak risiko yang boleh kita hadapi ketika dalam tempoh pertunangan ni. antaranya adalah perasaan cemburu buta dan tak tentu hala... padahal belum ada apa2 ikatan yang sah... lagi2? satu masa bila kita keluar ke bandar melihat pasangan yang berpegangan tangan dan sangat rapat antara satu sama lain, kita akan rasa mahu lakukan bede yang sama(syaitan membisik) so hati2. mencari yang halal dah bagus, takut kecundang kelembah kehinaan pula di pertengahan pencarian...

Dan banyak lagi risiko seperti jika timbul suatu masalah yg melibatkan dua keluarga dan keluarga belah pasangan dan keluarga belah kita tak mahu bertolak ansur dan akhirnya membuahkan kecundang dipertengahan perhubungan kita. Maafkan saya, bukan niat saya ingin menakut2kan, tapi ini adalah reality dan kita perlu bersedia dari pelbagai aspek, tak perlu perfect, cukup sekadar tahu bagaimana mahu menghadapi dan menyelesaikan masalah yang bakal timbul nanti... andai kata kecundang juga, ketahuilah bahawa pada masa itu dia bukan jodoh kita walaupun kita saling mencintai... sabar, tabah, dan teruskan hidup...

Cukup sekadar ni dulu... tunggu untuk tulisan yang akan datang... saya cuba kongsikan hal2 hidup melalui pengalaman saya.... tq kerana sudi membaca, Komen jika korang rasa tulisan ni agak kureng :)

PEACE




0 comments:

Post a Comment