Assalamualaikum :)

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Website kami. Bacalah sesuka hati. Jangan lupa Share :)

Review Product Anda Sekarang!!!

Review Product Anda Di Website Kami. Whatsapp 01113166639

JUBAH ELRAH EXCLUSIVE

Dapatkan Jubah Exclusive Untuk Anda Dan Orang Yang Tersayang. Click Pada Gambar Untuk Info Lanjut. Stock Semakin Terhad!!!

Keperluan Asasi

Pakaian Merupakan Keperluan Asasi Manusia. Blog Ini Akan Merungkai Pilihan Pakaian Yang Sesuai Untuk Anda Miliki.

Wanita

Wanita Adalah Di Antara Penyumbang Terbesar Di Dalam Pembentukan Sesebuah Tamaddun

Thursday 8 October 2015

Post Da'i Izzhar Cecah 40k Likes???

Salam sejahtera semua rakyat Malaysia!! Apa khabar sahabat2 semua??? harap2 Sihat sejahtera la hendaknya ya.. pie nak kongsi benda letop C4 harini.. cuba bros bros(BRO) lihat posting dibawah..

[ Facebook tak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.]Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran...
Posted by Izzhar Nazri on Friday, 18 September 2015

Ha terkejut kan3... Tu la, pie pun tercengang bila dapat tau berita ni. Padahal Post tersebut hanya di post pada account fb biasa. Bukan di fanpage yang biasanya user boleh raih like melalui fb ads...

 nak tau ape yang da'i Izzhar post tu? Nah!! Pie dah copy cat kan untuk korang semua. BACA SAMPAI HABIS TAU!!!

[ Facebook tak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.]

Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan keluarga. Biasa kan?
Bila tengok, apa kita rasa?
Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.
Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.
Ini pesan sifu saya, Faisal Abdullah.
.
“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”
.
Kadang-kadang, saya rasa bersalah bila orang cakap, “Kalaulah aku boleh jadi macam Da’i Izzhar, mesti best.”
Seolah-olah saya ada kehidupan yang sangat sempurna!
.
Berapa ramai yang tahu selama ini saya ke sri pentas untuk mengacara MHI dengan motor Honda kapcai?
Berapa ramai yang tahu saya pernah solat subuh tepi jalan raya sebab motor rosak dan saya ada 7 minit lagi nak On Air?
Berapa ramai yang tahu lepas habis ceramah waktu malam saya tersadai tepi jalan sampai 3 pagi sebab dah tak larat nak drive balik rumah?
.
Sebab disebalik apa yang kita nampak, sebenarnya banyak lagi yang kita tak nampak.
Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.
Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.
.
Tak perlu salahkan takdir kenapa hidup aku tak best macam orang lain.
Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.
Sebenarnya, hari ni juga kita boleh mula tulis skrip kehidupan yang kita idamkan. Mulakan dengan syukuri apa kita ada, teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti hidup kita.
Chaiyok!

Izzhar Nazri.
Pelajar Tahun Akhir,
Ijazah Sarjana Muda Psikologi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Begitulah kisahnya.. terima kasih bros bros sebab baca sampai habis..

Friday 18 September 2015

BERNIAGA PUNCA REZEKI YANG HEBAT

     Hidup yang bahagia adalah hidup yang kaya... Eh, kenapa pulak macam tu??? Percayalah bahawa kaya boleh membuatkan kita bahagia apabila kita tidak melupaka tuhan.. Ya, ini yang saya cuba bawakan pada semua pembaca blog ini.

     Masyarakat pada masa kini telah salah memahami konsep kekayaan, khususnya pada kaum muslim yang rata-rata mereka menggambarkan kekayaan hanya dari sudut rohani sahaja. Kalau kaya akan membawa manusia ke lembah kebinasaan dan melupakan tuhan. Ini persepsi yang perlu diperbetulkan dalam kalangan masyarakat kita. 

     Persoalan saya, Adakah dengan mengejar kekayaan di dunia ini mampu membawa kita lebih dekat kepada Allah? Jawapan: YA!!!! Mengapa tidak? dengan kekayaan kita boleh bersedekah, denga kekayaan kita boleh membina rumah tangga yang bahagia, dengan kekayaan kita boleh menunaikan HAJI, dengan kekayaan kita boleh membantu orang fakir miskin, dengan kekayaan kita juga boleh menginfaqkan harta ke jalan Allah. Bukankah itu yang Islam tuntut kepada penganutnya? 

     Pada tajuk post kali ni saya ada highlight kan "BERNIAGA" sebagai sumber rezeki yang hebat.. ya memang sangat2 hebat!!! Dulu saya pun memang seorang yang memandang sinis kepada peniaga2, terutamanya peniaga gerai runcit. Tetapi pada masa tu saya tak ambil kisah langsung tentang disebalik tabir kedai runcit tu. Sekarang barulah Allah tunjukkan bahawasanya, untuk mencapai pendapatan yang lebih adalah melalui perniagaan.

 Tokey kedai runcit tu nampak je baju dia lusuh, rupa-rupanya belakang kedai ada Parking BMW sebijik fuh!!!, kedai dia nampak je buruk, taw2 dah beli rumah yang bernilai RM1.2 JUTA wow!!! Memang menakjubkan kan3.. Pendapatan harian menjangkau 5 angka satu hari, siapa la yang tak nak kan3..

Gambar Hiasan.
    TETAPI!!!!!! Berniaga bukanlah suatu jalan yang mudah dan tidak boleh diambil mudah. Kerana sangkaan sebegini telah menyebabkan ramai peniaga jatuh bankrup dan secara tidak sedar telah membakar duit mereka sendiri. ada yang berpuluh-puluh ribu dan ada yang ratus-ratus ribu. Kerana apa? Kerana mengambil mudah terhadap persediaan sebelum Memulakan perniagaan. SISTEM!!!!!

     Setiap perniagaan yang nak dimulakan perlulah bersistematik agar perjalanannya teratur hinggalah suatu masa perniagaan kita itu berjalan dengan sendiri tanpa pantauan kita. Mudah cerita kene ada ILMU untuk menjalankan apa-apa perniagaan. Apapun cerita berkenaan Bankrup diatas bukanlah untuk Menakut-nakutkan pembaca supaya tidak ceburi bidang perniagaan. Tetapi sebagai peringatan untuk semua pembaca agar membuat persediaan sebaiknya sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Keep going Guys. JOm berniaga dan menambah rezeki kita. Semoga Usaha ini dapat membantu masyarakat kita sedar dan tidak tersalah tafsiran tentang perniagaan.

Sekian Dari Penulis :)

Tuesday 15 September 2015

JUBAH RAUDHAH COLLECTION 2.0 BY ELRAH EXCLUSIVE

    Jubah merupakan pakaian asasi atau pakaian harian orang-orang arab. Tetapi kini tidak boleh disangkal lagi yang ianya juga sudah menjadi 1 trend di Malaysia apabila tiba hari perayaan muslim seperti hari raya aidilfitri dan aidil adha. 


    Fenomena ini wujud bermula dari design yang telah di kontemporarikan oleh tailor-tailor muda yang inginkan jubah menjadi salah satu pakain yang exclusive dan selesa diragakan walau di mana jua.

JUBAH RAUDHAH COLLECTION 2.0 BY ELRAH EXCLUSIVE

    Seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas, antara salah satu design yang diterbitkan oleh Elrah Exclusive Sdn. Bhd.

Jika dahulu kita dapat lihat, jubah lelaki hanya boleh didapati dengan colour-colour yang tertentu sahaja seperti putih, hitam dan kelabu. Tetapi sekarang, Jubah lelaki tidak lagi sebegitu. Malah pelbagai colour baru yang telah diperkenalkan dan ianya sangat menggugat hati si penggemar jubah.

JUBAH RAUDHAH BY ELRAH EXCLUSIVE COLLECTION 2.0

Antara lain yang menjadi tarikat kepada jubah moden seperti dalam gambar di atas adalah, kualiti kain dari kain cotton yang sangat baik dan berkualiti tinggi. 

Potongan jubah ini juga antara yang bakal mencuri perhatian si penggemar jubah kerana potongannya tidak seperti potongan jubah biasa. Potongan Jubah Elrah adalah potongan Slim-fit atau dengan kata lain Jubah ni adalah jubah sado yang sangat selesa dipakai kemana sahaja.

Untuk korang yang tercari-cari jubah yang sebegini untuk dipakai di majlis perkahwinan atau pertunangan ke, boleh la contact atau whatsapp trusted agent Elrah Exclusive di talian 01113166639

Lepas baca entry ni jangan lupa share ya :)

tata.