Friday 18 September 2015

BERNIAGA PUNCA REZEKI YANG HEBAT

     Hidup yang bahagia adalah hidup yang kaya... Eh, kenapa pulak macam tu??? Percayalah bahawa kaya boleh membuatkan kita bahagia apabila kita tidak melupaka tuhan.. Ya, ini yang saya cuba bawakan pada semua pembaca blog ini.


     Masyarakat pada masa kini telah salah memahami konsep kekayaan, khususnya pada kaum muslim yang rata-rata mereka menggambarkan kekayaan hanya dari sudut rohani sahaja. Kalau kaya akan membawa manusia ke lembah kebinasaan dan melupakan tuhan. Ini persepsi yang perlu diperbetulkan dalam kalangan masyarakat kita. 

     Persoalan saya, Adakah dengan mengejar kekayaan di dunia ini mampu membawa kita lebih dekat kepada Allah? Jawapan: YA!!!! Mengapa tidak? dengan kekayaan kita boleh bersedekah, denga kekayaan kita boleh membina rumah tangga yang bahagia, dengan kekayaan kita boleh menunaikan HAJI, dengan kekayaan kita boleh membantu orang fakir miskin, dengan kekayaan kita juga boleh menginfaqkan harta ke jalan Allah. Bukankah itu yang Islam tuntut kepada penganutnya? 

     Pada tajuk post kali ni saya ada highlight kan "BERNIAGA" sebagai sumber rezeki yang hebat.. ya memang sangat2 hebat!!! Dulu saya pun memang seorang yang memandang sinis kepada peniaga2, terutamanya peniaga gerai runcit. Tetapi pada masa tu saya tak ambil kisah langsung tentang disebalik tabir kedai runcit tu. Sekarang barulah Allah tunjukkan bahawasanya, untuk mencapai pendapatan yang lebih adalah melalui perniagaan.

 Tokey kedai runcit tu nampak je baju dia lusuh, rupa-rupanya belakang kedai ada Parking BMW sebijik fuh!!!, kedai dia nampak je buruk, taw2 dah beli rumah yang bernilai RM1.2 JUTA wow!!! Memang menakjubkan kan3.. Pendapatan harian menjangkau 5 angka satu hari, siapa la yang tak nak kan3..

Gambar Hiasan.
    TETAPI!!!!!! Berniaga bukanlah suatu jalan yang mudah dan tidak boleh diambil mudah. Kerana sangkaan sebegini telah menyebabkan ramai peniaga jatuh bankrup dan secara tidak sedar telah membakar duit mereka sendiri. ada yang berpuluh-puluh ribu dan ada yang ratus-ratus ribu. Kerana apa? Kerana mengambil mudah terhadap persediaan sebelum Memulakan perniagaan. SISTEM!!!!!

     Setiap perniagaan yang nak dimulakan perlulah bersistematik agar perjalanannya teratur hinggalah suatu masa perniagaan kita itu berjalan dengan sendiri tanpa pantauan kita. Mudah cerita kene ada ILMU untuk menjalankan apa-apa perniagaan. Apapun cerita berkenaan Bankrup diatas bukanlah untuk Menakut-nakutkan pembaca supaya tidak ceburi bidang perniagaan. Tetapi sebagai peringatan untuk semua pembaca agar membuat persediaan sebaiknya sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Keep going Guys. JOm berniaga dan menambah rezeki kita. Semoga Usaha ini dapat membantu masyarakat kita sedar dan tidak tersalah tafsiran tentang perniagaan.

Sekian Dari Penulis :)

1 comment:

  1. nice, bacaan santai dan mudah difahami. lebih menarik dan kukuh jika ditambah dengan petikan ayat al-quran dan hadis, serta contoh para sahabat yang soleh, usahawan dan kaya raya.

    ReplyDelete