Assalamualaikum :)

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Website kami. Bacalah sesuka hati. Jangan lupa Share :)

Review Product Anda Sekarang!!!

Review Product Anda Di Website Kami. Whatsapp 01113166639

JUBAH ELRAH EXCLUSIVE

Dapatkan Jubah Exclusive Untuk Anda Dan Orang Yang Tersayang. Click Pada Gambar Untuk Info Lanjut. Stock Semakin Terhad!!!

Keperluan Asasi

Pakaian Merupakan Keperluan Asasi Manusia. Blog Ini Akan Merungkai Pilihan Pakaian Yang Sesuai Untuk Anda Miliki.

Wanita

Wanita Adalah Di Antara Penyumbang Terbesar Di Dalam Pembentukan Sesebuah Tamaddun

Tuesday 23 February 2016

Video Kucingman Ditayangkan! jadi viral di FB

Assalamualaikum gais..



Lagi sekali aku nak kongsikan video yang tengah viral di FB sekarang ni.. Gempak!, video ni menarik perhatian ramai pengguna fb.. yang mana ia dihasilkan oleh brader brader dari sabah.. aku nak Creditkan video ni tapi oleh kerana aku dah terlepas pandang dan dah tertutup pun tab browser aku nih.. jadi aku rasa agak kecewa tak dapat nak isi link credit dan direktornya sekali.. maaf atas kecuaian hamba.. mohon bagi link credit untuk video yang awesome tahap gaban nih!.. :)

|
|
OR
|
|


DNA Production buat video ni .. bila aku cari dekat facebook tak jumpe.. jadi aku mintak tolong kongsikan sedikit data mengenai video kucing man ni.. thanks gais!.. Iklas dari peminat kucing..


sekian.. :)




Penting! Merawat Mata Dari Usia Awal dan Kesannya

Assalamualaikum Gaiss!..

Kenapa tajuk kita hari ni tentang mata.? sebab mungkin mata ni sangat berharga.. tanpa mata keupayaan manusia terbatas.. mata juga penting pada usia awal 7 tahun.. kerana budak yang baru dak belajar huruf dan baru nak kenal hidup dan bermasyarakat nih perlukan mata yang jelas untuk peglihatannya!..



Bayangkan pada kita usia awal 7 tahun yang baru nak kenal huruf.. dan kita dah mula rabun.. bayangkan suasana kita nak belajar susah.. tak nampak visual dengan jelas dan seperti tidak berada di alam nyata!.. kenapa aku cakap macam tu?. sebab untuk pengetahuan korang aku pun rabun pada awal usia.. dan pengalaman aku sebagai seorang yang rabun adalah lambat dalam mengenal suasana sekeliling.. penting ke.?

Agak kelakarkah.? tapi sebenarnya agak tersiksa sebab tak buat rawatan awal nih.. takpe barang yang lepas jangan dikenang cerita pengalaman takpe.. dekat sini juga aku nak cerita kesannya dalam hidup seharian.. aku rabun, bila orang angkat tangan aku tak nampak jelas.. mereka kata aku sombong tak kesudah.. waktu belajar aku duduk meja tengah bila cikgu tulis dekat papan hitam aku kedepan nak tulis.. cikgu marah! katenya"Kenape duduk kedepan.? gi duduk tempat awak semula!" aku jawab sebab tak nampak.. rakan lain semua gelakkan.. kelakarkan.?

Dan bila dah masuk umur dewasa aku bekerja.. nak tahu apa jadi ditempat kerja.? bulan pertama aku masuk berbagai cacian aku terima.. disebab kan aku rabun, aku bagi tahu semua kawan sekerja aku yang aku rabun.. mereka faham.. kekadang mereka tak tahan dengan keadaan aku nih.. tak beli cermin mata.? macam mana nak beli duit pun belum ada masa tu.. baru mula kerja bro!.

Orang rabun ni leceh.. cacat dimata masyarakat.. menyusahkan ramai orang disekeliling.. dan cara social pun sangat berbeza dengan kawan lain.. aku cerita kesan rabun ni bukan untuk korang yang jelas terang visualnya.. aku bagitahu ni untuk korang yang ada kawan adik beradik, sedara mara emak dan ayah yang ada masalah rabun..

Perbezaan fokus orang rabun.. low pickup.


Manusia mana yang nak penglihatan mereka tak jelas?.. hatta, gambar dan video pun kita nak tengok HD 1080p.. 720p pun kira ok.. dapat movie cerita CAM version korang still tengokkan.. hakikatnya tak ramaipun yang suka tengok movie versi CAM berbanding HD!..

Ok akhir penulisan ni aku nak bagi tahu.. kesan dalam kehidupan seorang rabun itu sangat besar.. bagi aku  mereka berbeza.. mereka bersabar dengan keadaan mereka.. kekadang mereka meminta maaf dalam hati.. pada suatu masa mereka kecewa sekejap.. Jadi mari kita sama sama menjadi manusia perihatin pada orang rabun.. mereka tidak cacat, cuma biji mata mereka lebih besar berbanding orang lain.. kemasukan cahaya dalam retina pun bersepah!.

sekian.. :)

Monday 22 February 2016

Ku Fikirkan Orang Biasa2, Rupanyaaa..... (Edisi "Kembara Sahabat" Day 1)

Assalamualaikum!!! 

Hai Gais...

Syukur Alhamdulillah aku panjatkan kepada ilahi, kerana memberi aku peluang untuk keluar bermusafir ke negeri orang selama 2 ke 3 hari lebih kurang. Syukur2 :)

Banyak pengalaman yang aku nak kongsikan kat sini... Aku rasa macam nak kongsikan full story terus dalam penulisan kali ni. Tapi lepas di timbangtara aku buat keputusan untuk bahagi2 kan cerita ni by day(mengikut hari)

Untuk pengetahuan korang, kisah yang aku akan kongsikan ni adalah kisah benar mengikut apa yang aku lalui sepanjang kembara aku ke negeri orang.

Pada tanggal 19/2/2016, Aku bercadang untuk ke Gombak, Selangor bertemu dengan sahabat aku dan menghadiri seminar yang agak best jugak la, berkaitan pertembungan antara Manhaj Aqidah Salafiyah dan A'syai'rah.

Jam 8.30am Aku bergerak menuju ke seremban untuk mendapatkan train ke batu cave. Eh kenapa batu cave? tadi kata nak ke gombak..?? ye memang aku nak ke gombak tapi oleh kerana Station train yang paling dekat dengan gombak adalah di batu cave, maka aku deside untuk turun di station train batu cave. :)


Yang menariknya... ketika di train tu.. Aku ditemukan dengan sekumpulan orang india... mereka masuk kedalam train secara berjemaah dan masing2 ambil tempat duduk masing2. Tapi ada salah seorang dari mereka berdiri depan aku dalam jarak 1 meter lebih kurang, sedangkan tempat duduk di sebelah aku tu kosong... lalu aku pun panggil beliau... "bang2, sini ada tempat kosong lagi ni" sambil tangan aku melimbai2 dia dan menunjukkan isyarat pada tempat duduk yg masih kosong di sebelah aku tu...

Dia pun datang dan duduk disebelah aku... Aku mulakan perbualan dengan dia " Abang nak pergi mana? tanya aku... dia pandang aku sambil mengeleng2 kepala tanda tak faham apa yang cuba sampaikan... aku pun cubalah berbahasa inggeris sket walaupun agak broken... tapi sekurang2nya aku cuba la kan... maka aku pun mula lah perbualan dengan dia... rupanya mereka pun nak ke station Batu Cave juga...

Untuk pengetahuan korang semua, mereka ni memang asal dari negara india, atau dalam bahasa mudahnya original indian... ha lebih kurang la camtu... kebetulan aku pun ade keturunan india jugak... moyang aku memang original dari india... macam mane moyang aku tu boleh sampai Malaysia? Adalah kisah dia... Aku pun beritahu la dia yg moyang ku tu original dari india, tapi aku lahir di Malaysia... Terus dia hebohkan pada semua kawan2 dia yang ada dalam train tu... huhuhu... jadi popular sekejap... 

Ada salah seorang dari mereka yang lain tiba2 datang untuk mendapatkan aku dan bertukar tempat duduk dengan brader yang duduk di sebelah aku tu... Nampak dari riak wajah dia tu, berminat sungguh nak bersembang lebih dengan aku.. huhuhu... dia tanya la aku blaja lagi ke, aku buat apa sekarang... dan aku pun beritahulah serba sedikit tentang diri aku... study arabic lenguage dll...

Sampai 1 part perbualan kami, dia beritahu yang dia dan kawan2 dia adalah bisnes men dari india dan tujuan mereka ke malaysia ni adalah untuk travel dan release tension... katanya 24jam bekerja... so skali skala kene pergi travel ke sana ke mari... Thailand sudah, kali ni Malaysia pula dan next Singapore...

 Wah aku pulak jadi berminat nak sembang dengan dia. Hal2 bisnes ni memang aku agak berminat jugak la... Rupanya dia ni tokey baju dan seluar jeans, ada kilang sendiri yang produce product dia.. perghh mantaaapp... aku pun bukak la crite yang aku ni ade la berniaga skit2 jadi agent jubah dan sebagainya... Dia pun agak teruja jugak bila dapat tau yg aku ni bidang pelajaran, tapi minat bisnes...

last skali aku tanya dia, dari tahun bila dah start bisnes? Mungkin dia silap dengar agaknya... dia beritahu aku income dia setiap bulan...

 50k... 

What???????

Aku tengah bersembang dengan real bisnes men rupanya... hartawan woooo!!!!...

Macam tak percaya la pulak.. perghhhhhhhh...

hahahaha... nampak tak keterujaan tu?? hahaha

Patut la pakaian masing2 agak kemas... 

ada yang tokey emas... ada yang tokey serbuk kari dan macam2 lagi... mereka ni bukan adik beradik tau, tapi kawan2 semua... tokey sama tokey pergi melancong maaa... perghhh mantap... Mereka ada persatuan peniaga mereka...

Aku rasa makin semangat nak teruskan bisnes yang aku tengah buat sekarang ni... Cara berfikir orang bisnes ni lain dari orang yg kerja makan gaji... Aku bukan nak merendahkan mana2... cuma nak jelaskan memang terdapat banyak perbezaan dari sudut cabaran dan cara berfikir orng bisnes dan org makan gaji...

Hari yang penuh hikmah bagi aku dalam keadaan hari2 sebelumnya aku dipukul oleh pelbagai tanggapan berkenaan dengan apa yang aku cuba buat... akhirnya haritu aku seolah2 beroleh ketenangan dan bertambah yakin dengan apa yang cuba aku lakukan... 

setelah sampai ke batu cave, aku membawa haluan aku dan mereka pun pergi ke tempat yang mereka hendak tuju... keterujaan bercampur dengan semangat.. Allah2.. tuhan sahaja yg tahu pada waktu tu...

Sambil menunggu sahabat aku datang untuk bawa aku ke Gombak, ada makhluq datang menyapa aku


Ha tu la dia makhluq nya.. hehehe... mengesat2 kepalanya di kaki aku... nak mintak makan la tu... pergi la kejap ke kedai runcit berdekatan dan belikan sebungkus keropok ikan... 


Bila bagi dia makan tu, nampak sangat kebulur nya tu... sampai jari aku pun nak digigitnya huhuhu... 

Selang beberapa minit... sahabat aku pun sampai... dan kami bergerak ke Gombak.. 

Moral of the story... jangan malu untuk bertegur sapa dengan orang yang kita belum kenal atau orang dari bangsa lain... Boleh jadi ada manfaat yang kita boleh dapat dari dia... tak sikit banyak, tak banyak sikit... :)

Sekian dulu ya... kita sambung nanti untuk day 2 nanti ya :)







5 Sebab Kenapa Perlu Bina Badan

assalamualaikum gais!!.


"It will be worth it"#workhard#workout #workoutaddict#bodyweight#keepworkout #staymotivated
Posted by Mahmud Husaini on Sunday, 21 February 2016

Dah 3 hari aku tak update blog ni.. dah bersawang dan usang rasenya.. ok lah ,mari kita mulakan..  kenapa perlu kita bina badan(workout)?. aku akan ceritakan sebab sebab kenapa kita perlu bina badan. tak kira perempuan atau lelaki.. antaranya.

1. untuk kesihatan otak dan badan(cerdas & cergas!)

perbezaan orang yang buat workout dan yang malas nak bersenam ni adalah, cara pemikiran mereka lain.. boleh dikatakan pemikiran orang yang workout ni lebih matang dari orang yang malas nak bersenam ni.. bukannya aku nak kata orang yang tak bersenam ni bodoh?.. tapi bagi aku mereka kurang cerdas berbanding orang yang bersenam keluar peluh nih..

2. nampak lebih hensem dan macho.. dan cantik bagi perempuan!

kebanyakan aku tengok lelaki atau perempuan ahli sukan ni lebih hensem dan menawan berbanding orang yang kurang bersenam.. sebab dari sudut pandangan akulah orang yang sihat adalah orang yang hensem.?.. dan untuk wanita pula aku lebih suka tengok mereka sihat berbanding pemalas.. betul tak.?

3. lebih kuat

orang yang termotivasi nak buat workout ni kebanyakannya datang dari orang yang nak jadi lebih kuat berbanding sebelumnya.. mereka tahu mereka lemah.. lemah untuk pertahankan diri.. lemah dipandangan masyarakat.. lemah dan lembik.. jadi mereka jadikan ini satu batu terloncat loncatan untuk jadi lebih kuat sihat dan hensem.?

4. tambah yakin diri

Keyakinan diri akan menjadi lebih baik setelah melakukan workout atau senaman.. sebab ape aku kata macam tu.. masyarakat sekeliling kebanyakanya terkesan dengan badan sado nih!.. terkesan dengan apa..? dengan badan yang tegap dan sasa.. lagi.? dengan pakaian?.. lagi? lagi.? dengan lengan yang besar.. dengan muka yang macho.. haha.. it's joke!!.. nak tahu terkesan ke tidak.? diri sebelah orang yang sasa!..


5. suka suka..

Sebab yang kelima ni aku cipta sendiri untuk diri aku.. mungkin satu hari nanti aku akan terkesan dengan empat sebab diatas..



sekian dari hati.. :)

Thursday 18 February 2016

5 video : Gempak untuk dijadikan inspirasi semasa bina badan

Assalamualaikum gais..

Hari ni aku nak kongsikan 5 ketul video yang sesuai dijadikan inspirasi ketika aku jadi rasa malas nak workout.. harap video yang aku nak kongsikan ni memberi semangat pada korang nak teruskan workout atau bodybuilding ni.. :)

gambar farid aku pinjam


ok aku tahu semua lelaki inginkan badan yang sase atau pun dengan kate lain sado.. tapi satu masalah kita ni tak kosinsten.. buat sikit dah penat tak nak buat.. segan.. malas.. tapi bagi aku untuk kesihatan diri aku sanggup buang tepi perasaan rasa malas malas.. segan segan nih.. jadi aku buat keputusan nk kongsikan video hot ni pada korang yang ada keinginan nak sihat dan bina badan sado.. 

Video 1 : kisah budak keding 16 tahun buat workout gile!




Video 2 : kisah budak lagi yang gila workout selama 3 tahun!..



Video 3 : ini lagi budak dah kene kanser pun buat workout!



Video 4 : budak ni punya bentuk badan hampir sama dengan aku yang dulu keding lagi..



Video 5 :  fitnes bro.. fitnes.. 


Nota bicept : Kalau nak sado kosinsten bro.. kalau segan nak workout badan sado tu pun segan nak keluar.. 

sekian :) 

Wednesday 17 February 2016

Video Penuh: Ekstremisme Agama Di Malaysia | Dr. Maza & Dr. Rozaimi

Assalamualaikum Gais!!! 



Pada korang yang tercari2 dimana nak dapatkan video penuh Diskusi Santai antara Dr. Maza & Dr. Rozaimi tu, ini dia Videonya

Click Play 



Video ini di Sediakan Oleh  AJKedah

Tuesday 16 February 2016

10 Asatizah Paling Popular Di Facebook(Malaysia) 2016

Berikut Adalah Senarai 10 Page Asatizah Malaysia Paling Popular Di Facebook Bermula Dari Bawah.


Ustaz Ismail Kamus

Lahir Pada: 2 December 1948

Pernah Mendapat Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor untuk tahun 1433 Hijrah

Pendidikan awal secara resmi Yang Mulia Dato bermula di Sekolah Arab Batang Kali dan berlangsung selama 6 tahun sebelum ke Ma’ahad Hisyamuddin, Kelang dimana beliau berguru dengan seorang ulama tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.

Kemudian Beliau melanjutkan pelajaraan ke Kolej Islam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapat ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada tahun 1976.

 Yang Mulia Dato juga pernah menuntut di Beaver College Pennsylvenia, Amerika Syarikat.

Baca Lanjut: http://assalambs.blogspot.my/2011/10/biodata-ustaz-dato-ismail-kamus.html
_________________________________________________________________________________


Zahazan Mohamed

 dilahirkan di Melaka pada tahun 1974.
Mendapat pedidikan rendah di Sek Keb Kg Gelam, Melaka antara tahun 1981-1986.Bersekolah menengah di SMKA Sultan Muhammad, Melaka dalam tingkatan 1-3 pada tahun 1987-89.Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4, dalam jurusan Sains Sosial di Kolej Islam Sul Alam Shah, Klang hingga tahun 1991

Meneruskan pendidikan ke peringkat Ijazah antara tahun 1992-96 dalam Bahasa Arab & Syariah di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.Kembali ke Malaysia lalu menyambung Dip.In Education di MPI, Bangi dalam tahun 1997 .Meraih Sarjana dalam bidang Bahasa Arab dari UM pada tahun 2001.Memperolehi PhD dalam bidang Balaghatul Qur`an ( tajuk Zahiratut Takra:r Fil Qur`a:n ) dari universiti yang sama .

 Pernah bertugas sebagai pensyarah Bahasa Arab di Jab.Bahasa Al-Quran, di CELPAD UIA dari tahun 1998-Mei 2009.Berpengalaman dalam memimpin kursus dan membimbing jemaah haji dan umrah yang bertauliah dari Lembaga Tabung Haji.Kerap terlibat dalam bidang dakwah di akhbar ,majalah, radio dan TV dalam dan luar negara.
_________________________________________________________________________________


Merupakan Seorang Pendakwah Bebas Berkelulusan Universiti Al-azhar Dalam Bidang Syariah Dan Undang-undang, Pengasas Kompleks Darul Thibbun Nabawi, Penasihat Kompleks Ilmu Al-azhari, Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (Gappima). Beliau Sering Dijemput Untuk Siaran Tv Dan Radio Seperti Tanyalah Ustaz, Zikir Hati, Semanis Kurma Dan Rancangan Radio Ikim.fm.

Pendidikan:
1. Sekolah Kebangsaan Damak Jerantut Pahang
2. Sekolah menengah Maahad Darul Anuar Kota Bharu
3. Sekolah menengah Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu
4. Universiti Al-Azhar Mesir (bidang Syariah dan Undang-undang syukbah Islamiah)(1995-1999)
Baca Lanjut: http://www.fatehteam.com/ustaz/ustaz-ahmad-dusuki-page/biodata-ustaz-ahmad-dusuki/
_________________________________________________________________________________


NAMA: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
LAHIR: 1971
TEMPAT LAHIR: Bukit Mertajam, S. Perai, Pulau Pinang

JAWATAN:
*Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM. (JAWATAN TETAP)
*MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS (dipinjam dari USM oleh Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008).
*Pensyarah USM, Prof Madya Bahagian Pengajian Islam, Pengkhususan Hadith
*Fellow OCIS, Oxford University, Oxford (2011-2012)
*Ahli Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs)

PENDIDIKAN FORMAL:
*Sek Men Agama Al-Irsyad, S. Perai, P.Pinang
*Kolej Islam Klang
1. B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan
2. M.A Pengajian Islam USM. Tajuk: Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.
3. Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003). Tajuk: Sabab Wurud al-Hadith: Dirasat Tahliliyyat Bi Tarkiz Khas ‘ala al-Dawabit wa al-Ma’ayir.
4. IJAZAH HADITH: mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001). Sila lihat artikel: KEMBARA ILMU KE INDIA

ANUGERAH:
*2012: Darjah Dato’ bergelar Perlis yang membawa gelaran Dato’ Arif Perkasa
*Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis.
*Penerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H.
*Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H
*Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H

Baca Lanjut: http://drmaza.com/home/?page_id=585
_________________________________________________________________________________


Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias (28 november 1972) atau lebih dikenali di media massa dengan panggilan Ustaz Kazim adalah seorang penceramah bebas yang terkenal di seluruh Malaysia. Ceramahnya banyak dimuatnaik di laman youtube. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latarbelakang masyarakat. Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau. Merupakan pengasas dan pengetua untuk Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg Manjoi, Ipoh, Perak. Ustaz Kazim juga banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan agama Islam. Beliau sering dijemput untuk memberi ceramah disekitar tanah air terutama termasuk Singapura dan Brunei. Selain itu juga dijemput menjadi ahli panel atau pensyarah di siaran-siaran televisyen & radio utama nasional dan juga ceramah perdana. Selain itu beliau juga mempunyai Rakan2 FB seperti Ahmad Naqib bin Shuid dan lain2.

Pendidikan:
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tok Sajak, Batu Kurau Perak. Kemudian menyambung persekolahannya di Sekolah kebangsaan Besout, Sungkai Perak apabila ibunya ditukarkan ke Sungkai. Menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Besaut. Disini lagi bliau telah menunjukkan ciri ciri kepimpinan apabila dilantik menjadi pengawas dan ketua pelajar dan juga mula mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu agama melalui buku-buku yang diperoleh dari perpustakaan sekolah. Oleh kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang agama, beliau telah memohon dan berjaya memasuki Sekolah Agama Syubbaniah, Batu Kurau selepas tingkatan 5 dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau kemudian menyambung pembelajarannya di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Negeri Perak di Masjid Negeri Perak sehingga mendapat Diploma Tahfiz Al Quran.

Baca Lanjut: http://blogr.my/103773/biodata-al-fadhil-ustaz-mohd-kazim-elias-al-hafiz-ceritaku-di-mana-mana-saja/
________________________________________________________________________


AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin & syaitan.

 Beliau berasal daripada Machang, Kelantan.

 Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Air Merah dan Sek. Men. Arab Shamsul Maarif. Kemudian beliau menyambung pengajian tinggi di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab. Selepas itu menyambung pelajarannya ke Mesir selama 3 tahun.

 Beliau mendapat belaian tarbiyyah secara langsung daripada gurunya bernama SYEIKH WAHID ABDUS SALAM BALI (tersohor di kalangan para mua'lij perubatan Islam).

Beliau pernah menuntut ilmu dengan guru-guru yang tersohor dalam perubatan Islam seperti di KAFUR-SYEIKH (Mesir), TANTA, DASUK dan MANSIYATUL ABBAS selama 6 bulan.

 Kini beliau mempunyai 1000 anak murid di seluruh tanah air yang mengikuti pengajiannya. Selain mengadakan kuliah dan kelas komprehensif, beliau turut membuat pembentangan kertas kerja mengenai Perubatan Islam menangkis kejahatan Ilmu Hitam di Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia.

 Berita mengenai pengamalan perubatan beliau turut disiarkan didalam surat khabar Mesir apabila beliau berjaya mengubati seorang peguam yang diganggu jin wanita yang berusia 2000 tahun (jin yang wujud pada zaman fir'aun laknatullah). Dengan kemahiran beliau mengenai selok belok perubatan Islam, adalah diharapkan masyarakat kita dapat mengambil manfaat dari setiap seminar/bengkel yang dijalankan.
________________________________________________________________________


Berasal dari Pulau Pinang dan dilahirkan pada 14 Nov 1984 di Hospital Besar Bukit Mertajam.

 Beliau mendapat pendidikan di Tadika Masriyah Bukit Mertajam. 1997-2001 beliau menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Nibong Tebal.

 Selepas tamat pengajian diperingkat sekolah menengah, beliau melanjutkan pengajiaannya diperingkat Diploma di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulau Pinang (sebelah Masjid Negeri P.Pinang) pada 2002-2004, dan peringkat Ijazah Sarjana Muda di Maahad Qiraat Shoubra, Mesir pada tahun 2005-2008. Beliau juga biasa mendengar dan menghadiri majlis Ulama’-ulama’ di Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam.
________________________________________________________________________

1,169,015 Liker's

HJ. MOHD ZAMRI BIN HJ. MOHD ZAINULDIN
Jurulatih / Perunding Motivasi 

PENDIDIKAN

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab & Pengajian Islam, Universiti Hasimete Zarqa’ Jordan.
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Major Bahasa Arab, Minor Pendidikan Islam, Maktab Perguruan Islam Bangi.
Sarjana Tafsir dan ‘Ulum Al-Qur’an, Universiti Antarabangsa Madinah (Madinah International University).

PENGALAMAN – 8 TAHUN

SMK Batu Muda Kuala Lumpur – guru akademik.
Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Bekas Pensyarah Bahasa Arab dan Dakwah.
Mantop Training and Consultancy (Enterprise) - Pengarah Urusan.
Mantop Training and Consultancy Sdn Bhd - Master Trainer / Motivator.

PENGALAMAN DALAM ‘CONSULTANCY’

Mengendalikan pelbagai Latihan yang melibatkan soft skill di agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti JPA, MPM, Pos Malaysia, KUIS, LHDN, Takaful Ikhlas, Perodua, SYABAS, TNB, MPSJ dan banyak lagi.
Secara aktif mengendalikan motivasi pelajar di IPT dan sekolah.
Mengendalikan lebih 30 Kem Smart Solat.
Jurulatih kepada program Kursus Bina Insan Lembaga Zakat Selangor sejak 2009.

Baca Lanjut: http://anizyn.blogspot.my/2011/08/biodata-profil-ustaz-mohd-zamri-bin-hj.html
________________________________________________________________________


Nama: Ustaz Azhar Idrus

 Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.

 Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)

 Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.

 Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.

 Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas.

 Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Baca Lanjut: http://biodata-tokoh.blogspot.my/2012/03/ustaz-azhar-idrus.html
_________________________________________________________________________________


Nama penuh beliau ialah Siti Nor Bahyah binti Mahamood.

 Dilahirkan pada tahun 1966 di Pulau Pinang.

Mendapat pendidikan awal di Maktab Mahmud, Kedah. Melanjutkan pendidikan di Universiti al-Azhar, Mesir dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab.

 Memulakan karier sebagai seorang pendakwah yang berkebolehan. Berbekalkan ilmu, pengalaman serta teknik penyampaian yang berkesan, merupakan aset utama beliau dikenali ramai di kalangan masyarakat.

 Beliau sangat komited terhadap bidang pendakwahan secara profesional. Sering muncul dalam program TV, radio, majalah, akhbar dan menjadi duta pelbagai produk.

 Malah, suami beliau iaitu Ustaz Wan Akasyah juga merupakan seorang penceramah agama dikenali ramai dan sering muncul di program TV dan majalah.

 Sentiasa mendapat undangan ceramah, membentang kertas kerja dan seminar di seluruh semenanjung, Sarawak, Sabah, Singapura & Brunei. Beliau juga merupakan kolumnis di Majalah Anis, Harmoni, Nona, Mingguan Wanita dan lain-lain lagi.

Telah menghasilkan 40 album pelbagai tajuk ceramah agama, motivasi dan tips dalam bentuk VCD, CD dan kaset. Mengarang 8 buah buku yang cukup bernilai. Dianugerahkan ‘OUTSTANDING ACHIEVEMENT’ dalam penjualan album daripada Telaga Biru Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Jalinan Berkat Sdn. Bhd. dan penasihat Hijrah Toyyibah Network Sdn. Bhd.

________________________________________________________________________

Data di atas diambil dari beberapa website dan Facebook tokoh sendiri.

Jangan Lupa Share ya :)

Saturday 13 February 2016

Dia Sangat Mencintaiku

Assalamualaikum Gais!!!

Apa kabar korang?? Sihat2 ke? Alhamdulillah, yang sihat tu pemberian Allah, yang tak sihat tu pun pemberian Allah juga... Syukur, sabar dan kuat yek :)

tajuk post kali ni macam jiwang kan? hehehe... memang jiwang pun... takkan nak berjiwang pun tak boleh? hehehe

Ha nak tanyaa ni... Korang tau tak sebenarnya tuhan sentiasa memanggil hamba dia untuk dekat dengan dia?

ini serius ni...

tau tak? tau tak?

Selalu kita sembang pasal cintakan Allah kan? bagai mana nak sayangkan Allah kan?... Tapi kan, kita jarang erk sembang tentang betapa Allah sayangkan hambe dia... Emmmm... Adakah Allah sayangkan kita?

Sahabat... Sebenarnya kasih sayang Allah pada kita takde bandingnya... dia maha lemah lembut, dia maha pengampun dan maha mengasihani... MAHA ni dalam erti kata lain, "sangat2" ataupun "terlalu"

Perasan tak? Mak kita sayangkan kita camne? dia belai kita, takde duit dia beri duit belanja... Kalau Allah pula? kasih sayang Allah lebih dari tu... dia melihat kita setiap masa, setiap masa gais!!! dia berikan kita ibu dan bapa untuk kita mencurah kasih... setiap detik dan setiap saat tanpa miss dia memerhatikan kita... hatta waktu kita tidurpun... perghhh korang sedar tak betapa Allah sayangnya pada kita?



sahabat... aku nak tanya ni, ape tindak balas seseorang tu, apabila kita buat jahat pada dia? Pastinya mereka tidak akan layan kita kan, mungkin jugak dia akan mendoakan bende yang tak baik untuk kita... betul kan? Tapi Allah... kita dah melanggar perintah dia, buat apa yang dia larang... buat dosa bertimpa2... dia masih beri udara pernafasan pada kita... dia masih beri penglihatan pada kita... dia masih beri akal fikiran yang waras untuk kita berfikir... dia masih nakkan kita sedar dengan cara dia timpakan ujian kepada kita supaya kita lebih rapat dengan dia... Dia masih mahu memerhatikan kita ni yang dah dalam kategori manusia yang berhati kotor.

Korang sedar tak bende2 ni??? Allah2 :'(

aku speechless....

sahabat... kita asyik sangat sembang tentang bagaimana cara mencintai Allah dan bagaimana mahu dekatkan diri pada Allah sehinggakan kita terlupa rupanya Allah sangat2 mencintai kita... Allah sangat2 merindui hamba2 dia... Allah sangat2 mahukan hamba2 nya dekat dengan dia... Allahu Akbarrr...

Sahabat... Marilah kita sedar sama2... aku ni pendosa yang dah banyak sangat langgar arahan tuhan, segala tulisan aku adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri... tapi 1 perkara yang aku sedar... Allah tak mahu hamba dia jauh dari dia... dia sangat sayangkan hambe dia yang dia jadikan bukanlah untuk sia2... Cuma kita je kadang2 nakal skit... sering terlupa tentang hal ni... tak pe la... kita pun dah sedar... yg lepas tu simpan buat kenangan dan kisah silam untuk dikongsi pada generasi akan datang... 

Mari putikkan cinta kita bersama tuhan kita... Episod cinta ini takkan tamat sehinggalah nyawa kita diambil olehnya... ini pentas kita(Dunia)... jom sematkan cinta kita pada pencipta juga pencinta diri kita...

Nak lagi best Tonton video di bawah


Cinta Allah buat kita..
Posted by DrMAZA.com on Tuesday, 16 February 2016



tq sudi baca post yang tak seberapa ni.

Kalau korang suka atau rasa berrmanfaat, jangan lupa share ye... kalau kureng tulisan ni... mohon komen membina dari korang semua untuk diperbaiki pada masa2 akan datang... 

aku penulis newbie :)

ilal liqo'

tata.


Friday 12 February 2016

Lubuk Kain Murah2!!!

Assalamualaikum Gais!!!

Haa, tengah buat ape tu? korek idong ea?? pastu kesat kat mane2 ntah... hahaha ... tipu la kalau korang tak penah buat camtu... biar betol?? yeke tak penah? ok la tak penah... 

tapi ingat tau, taik idong ni bukan dari kategori 3 najis dalam hukum fiqh tu eh... nama je taik tapi tak najis pun, ha jangan ade nak try telan taik idung tu pulak lepas ni.. hehehe 

Jauh pulak aku lari dari tajuk, tak pasal2 sembang pasal taik idong... hehehe... sorry ye.

Ok let's start guys!!!

Cerita ni panjang jugak sebenarnyee... Tapi aku cuba ringkaskan la bagi mudah korang bace.

Ceritanya camni, aku dapat 1 idea nak buat baju ready made dan jual pada peminat2 baju ready made. Saiz ukuran semua aku dan siap buat, sebab ummi aku tukang jahit, so 1 advantage la untuk aku kan... 

Settle semua, tibalah masa survay kain yang terbaik untuk baju ready made aku, dah tentu harganya pun aku nak yang berpatutan la kan... Aku pun berkelanalah pergi ke kedai2 yang menjual kain... Antaranya Jakel, Astana Moda, Kamdar dan kedai2 kain yg kecil yang terletak di pekan tak jauh dari kawasan aku tinggal...

Survay punya survay akhirnya aku tahu, Kain jenis macam mane yang aku nak gunakan untuk buat baju ready made aku...

KAIN KOSHIBO!!! yeaaaa!!!!


Cantikkan :)



Cantik Dan Kemas Kain ni.

Ya bagi yang dah kenal jenis2 kain ni, tentu akan kata kain koshibo ni antara kain yg popular dan murah. Ya memang betul, Kain Koshibo Memang Murah dan kualitinya baik. Walaupun tak high quality, tapi koshibo ni bagi aku adalah kain yang agak baik dan sangat sesuai dengan baju ready made yang bakal aku buat nanti... aku sukaaaaaaaa sangat kain tu...huhuhu 

HARGA? BRAPA SEMETER?

Dipendekkan cerita, selepas aku survay semua gudang2 kain yang hebat2 belake tu, harga yang paling murah aku dapat adalah RM8.50 semeter.

Target aku nak beli 1 kayu lerang 45... Bila di fikirkan balik, kos RM8.50 semeter tu agak mahal jugak bagi seorang newbie yang baru first time nak kluar baju ready made jenama sendiri macam aku ni kan... Ade jugak dengar2 beberapa orang cadangkan aku untuk aku pergi ke tempat sekian2 untuk dapatkan kain dengan harga yang murah. Tapi tempat2 tu jauh... 

Sehinggalah 1 hari tu aku dan keluarga pergi melawat sahabat karib kepada abah aku yang dah lama tak jumpa katanya di segamat. Kebetulan jalan nak ke rumah sahabat abah aku tu melalui tangkak... Dah tentu korang tahu kan yang tangkak tu area panas untuk dapatkan kain2 yang murah...

Sebelum ni aku kurang percaya yang kat tangkak tu ade jual kain yg murah2, tapi hari tu bila lalu sendiri dan terbaca bunting2 yg tergantung di setiap kedai kain kat situ, Fuhhh!!! ternyata murah!!! 

Lantas bila pulang ke rumah je, aku start plan nak ke tangkak dan survay kat sane plak. Waktu pulang dari rumah kawan abah aku tu aku tak sempat nk singgah sebab tengah jem teruk kat situ. Untuk pengetahuan korang, aku duduk melaka.. So tangkak tu tak jauh sangat la, dalam 45 minit boleh sampai kalau tak sesat (sebab aku jarang lalu area tu)

Harinya dah tiba dan aku bersiap nak ke tanggak dengan menunggang kancil yang dah banyak berjasa pada keluarga aku... Aku gerak sorang je, dengan xde maps nya.. main redah je dan sampai.(sesat jugak huhu)

ALHAMDULILLAH

Dari 1 kedai ke 1 kedai aku masuk. Ade yang menawarkan dengan harga RM6.50 kain koshibo tu.. WOW!!! murahnya!!! berbanding di melaka yang aku dah survay merata tu... Tapi aku tak terus beli sebab aku belum abes survay lagi, mane la tau kan ada kedai yg lagi murah... Akhirnya terjumpa 1 kedai ni, kedudukan kedai di sebelah bagunan bunga raya, pekerja dia akak melayu dan bosnya china... dia tawar harga RM5 semeter untuk 1 kayu... what????? Gile bapak murah!!! Tapi aku tak beli terus, aku cuba tawar menawar lagi... try punya try, bos dia tak kasi dah... pikir logik pun, tu dah cukup murah dah kan berbanding yang dekat melaka punya...



Then aku call ummi untuk dapatkan persetujuan, maka ummi pun setuju dan aku beli la kain koshibo tu 1 kayu. Ahamdulillah, berkat survay tak putus2... beroleh hasil harga yang murah dan berkualiti... Panjang tak aku membebel? hehehe... tq korang sudi baca :)

so untuk korang yang tengah tercari2 kain yang murah2 dengan kualiti yang baik, aku cadangkan tangkak. Sebab situ port yg panas dan terbaik. insyaallah.. Hati puas :)

Sehingga berjumpa lagi ye untuk post2 aku yang akan datang... tq sangat2 sebab sudi bace :) Kalau ade kureng, mohon komen tau... boleh aku baiki lagi cara penulisan aku untuk akan datang :)

sekian...

tata.

Kehidupan Seorang Blogger Di Malaysia

Assalamualaikum gais..



aku seorang blogger, alhamdulillah dulu aku pernah capai ratusan malah jutaan viewer.. mengikut pengalaman sebagai seorang blogger aku bermula dengan kepayahan untuk mendapat audiens atau viewer..

tapi dulu aku tak kenal putus asa.. aku cuba sedaya upaya aku untuk mencapai impian sebagai blogger yang berjaya mendapat income online.. pada mulanya aku didedahkan dengan iklan nufnang yang sangat senang nak apply.. tapi dapatnya ciput.!

pelbagai kaedah aku cuba untuk mendapatkan income yang diimpikan.. tapi aku baru tersedar yang aku bukan mahir ataupun minat dengan menulis.. banyak tahun aku cuba nak jadi penulis yang berkalibel lah konon.. puih..

pada suatu hari,(ha nampak tak karangan darjah 2 aku dah terkeluar) aku cuba buat satu kaedah berblog yang agak aneh dimata masyarakat melayu.. tapi itu lah aku yang berblog cuma inginkan income.. aku buat blog yang berkaitan atau genre download software..

aku tahu aku gila harta.. tapi aku tak semacam yang korang fikirkan.. aku buat income online bertujuan nak sara hidup aku sendiri dan keluarga.. tapi tu lah mungkin aku tersilap langkah.. dan tujuan aku buat blog software adalah selain buat income untuk tujuan belajar..

aku tahu ramai orang sekarang dimalaysia guna software palsu atau crack berbanding yang ori.. boleh dikatakan 90%.. contoh IDM yang korang guna percuma tuh.. tulah yang crack.. tapi tujuan aku bukan nak jual crack.. tujuan aku blog untuk share software dan untuk belajar.. tu je.

berbalik kepada perenggan keempat.. aku nak citer zaman kegemilangan aku dulu.. dan aku pernah dapat jutaan view dari pelbagai bagsa dan negara.. income aku dapat berapa.? itu tak boleh lah nak bagi tahu sebab tak penting pun untuk korang tahu.. yang penting blogger masih releven dan boleh dibuat income sambilan berkerja..

nota cagu : duit api duit air rumah boleh dibayar dengan income berblogging ni... strymx memang boleh jangan risau teruskan usaha dan minat anda.. aku dah tak minat dah nak beloging ni.. sori. aku ni dipaksa menulis harap maaf ye otai otai sekalian..

sekian.. -_-