Thursday 11 February 2016

TANGGAPAN "WAHABI" DI MALAYSIA LAIN?

Assalamualaikum gais!!!

Wah tajuk panas ni... berapi-api wooo.... silap ulas mati aku... hehehe

tapi takpe, sekurang2nya aku sampaikan apa yang aku faham, kan3

WAHABI DI MALAYSIA LAIN?

Aku rasa geli hati bila kebanyakan orang malaysia yang anti wahabi di malaysia ni buat ulasan tentang wahabi... Hehehe jangan Marah ea... Anti wahabi di malaysia kebanyakkannya i'tiqad bahawa wahabi adalah yang mengamalkan ajaran islam dengan menggunakan mazhab selain mazhab Imam Syafie...

WHAT????

Pakai mazhab lain jadi wahabi?????

Mudahnya orang kita mewahabikan orang lain... nah tonton video ni, mesti korang akan celik sedikit dan start mula nak terima apa yang aku tulis ni...




Amacam? ok?

ke KO?

hehehe.... Rileks dulu ini baru permulaan, baru panas2 badan... hehe

Berdasarkan video tadi, korang nampak tak apa yang kurang dan komannya pada masyarakat kita ni?

ILMU!!!

Kita tak belajar perbandingan mazhab, kita belum habis teliti mazhab2 yang 4 dan pandangan Ulama'2 yang muktabar yang lain, tiba2 kita nampak orang lain solat subuh tak baca qunut, terus attack KAU WAHABI SESAT!!!

ambooooiiii....

ape dah jadi ni? 

Mazhab lain tu bukan dari Islam ke? 

Mazhab Lain tu Bukan dari ulasan Ulama' yang mu'tabar ke?

Kawan, Islam membuka ruang untuk kita berbeza pandangan... tapi dalam masyarakat kita menutup ruang tu hinggakan siapa yang  mengamalkan mazhab selain mazhab Imam syafie Di Malaysia adalah terkeluar dari ahli sunnah wal jamaah.

Kalau Syiah tu Memang dah jauh sangat... sampai mengkafirkan sahabat... itu memang kita kene tolak 100%. Tapi Mazhab yang 4 tu masih dalam kategori Ahli sunnah wal jamaah.

Kenapa Cepat sangat melable tanpa ILMU... Kau buat tu kau wahabi, Kau buat ni kau wahabi... Ya Allah,  Apa sudah jadi toqq??

Wahabi ni kalau nak tahu, aku bagi yang basic je la... Wahabi ni gelaran kepada MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB yang mana beliau ni adalah tokoh ahli politik pembawa reformasi pada zaman beliau. memang ada pandangan yang beliau sendiri bawa agak keras kerana kekerasan yang beliau guna adalah sesuai pada zaman beliau... itu je la yang aku boleh share... lain korang boleh search sendiri di youtube..

Mereka di arab saudi mewahabikan orang lain sebab orang tu menggunakan pandangan muhammad bin abdul wahab yang keras dan terlalu taksub dengan muhammad bin abdul wahab sampaikan menghukum dan berijtihad sesuatu tidak mengikut situasi dan masa yang sesuai...

kalaupun tindakan seseorang tu dituduh salah, adakah kita sebagai manusia yang waras ni terus melabel dia pesalah... paling kurang pun sila bawakan bukti dan hujjah yang kuat untuk menyatakan dia pesalah... kalau tak jadi fitnah pulak nanti...

hatta kita nak tuduh seseorang tu mencuri pun perlukan bukti yang kukuh untuk kita tuduh dia sebagai pencuri... tapi kalau dalam bab mewahabikan orang, pantas je kita... tanpa ada soal periksa terus hukum kau wahabi sesat!!!

Ingat, Ulama' kita Ramai... bukan 4 orang tu je... tugas kita yang masih kurang ilmu ni... pergi tuntut ilmu, kaji dan buat banyak perbandingan, bukan dengar dari mulut orang, terus terima!!!

Marah ni!!!

ok gais... penat dah membebel... mohon komen ye kalau tulisan aku ni ade kurang... aku ni newbie... kalau bermanfaat, share la ye... supaya ramai orang dapat manfaat...

Haa, lepas ni jangan nak attack aku Wahabi plak... Kenal aku pun tidak.. hehehe

selamat berjumpa lagi untuk Post aku yang akan datang... tata :)

0 comments:

Post a Comment