Monday 22 February 2016

Ku Fikirkan Orang Biasa2, Rupanyaaa..... (Edisi "Kembara Sahabat" Day 1)

Assalamualaikum!!! 

Hai Gais...

Syukur Alhamdulillah aku panjatkan kepada ilahi, kerana memberi aku peluang untuk keluar bermusafir ke negeri orang selama 2 ke 3 hari lebih kurang. Syukur2 :)

Banyak pengalaman yang aku nak kongsikan kat sini... Aku rasa macam nak kongsikan full story terus dalam penulisan kali ni. Tapi lepas di timbangtara aku buat keputusan untuk bahagi2 kan cerita ni by day(mengikut hari)

Untuk pengetahuan korang, kisah yang aku akan kongsikan ni adalah kisah benar mengikut apa yang aku lalui sepanjang kembara aku ke negeri orang.

Pada tanggal 19/2/2016, Aku bercadang untuk ke Gombak, Selangor bertemu dengan sahabat aku dan menghadiri seminar yang agak best jugak la, berkaitan pertembungan antara Manhaj Aqidah Salafiyah dan A'syai'rah.

Jam 8.30am Aku bergerak menuju ke seremban untuk mendapatkan train ke batu cave. Eh kenapa batu cave? tadi kata nak ke gombak..?? ye memang aku nak ke gombak tapi oleh kerana Station train yang paling dekat dengan gombak adalah di batu cave, maka aku deside untuk turun di station train batu cave. :)


Yang menariknya... ketika di train tu.. Aku ditemukan dengan sekumpulan orang india... mereka masuk kedalam train secara berjemaah dan masing2 ambil tempat duduk masing2. Tapi ada salah seorang dari mereka berdiri depan aku dalam jarak 1 meter lebih kurang, sedangkan tempat duduk di sebelah aku tu kosong... lalu aku pun panggil beliau... "bang2, sini ada tempat kosong lagi ni" sambil tangan aku melimbai2 dia dan menunjukkan isyarat pada tempat duduk yg masih kosong di sebelah aku tu...

Dia pun datang dan duduk disebelah aku... Aku mulakan perbualan dengan dia " Abang nak pergi mana? tanya aku... dia pandang aku sambil mengeleng2 kepala tanda tak faham apa yang cuba sampaikan... aku pun cubalah berbahasa inggeris sket walaupun agak broken... tapi sekurang2nya aku cuba la kan... maka aku pun mula lah perbualan dengan dia... rupanya mereka pun nak ke station Batu Cave juga...

Untuk pengetahuan korang semua, mereka ni memang asal dari negara india, atau dalam bahasa mudahnya original indian... ha lebih kurang la camtu... kebetulan aku pun ade keturunan india jugak... moyang aku memang original dari india... macam mane moyang aku tu boleh sampai Malaysia? Adalah kisah dia... Aku pun beritahu la dia yg moyang ku tu original dari india, tapi aku lahir di Malaysia... Terus dia hebohkan pada semua kawan2 dia yang ada dalam train tu... huhuhu... jadi popular sekejap... 

Ada salah seorang dari mereka yang lain tiba2 datang untuk mendapatkan aku dan bertukar tempat duduk dengan brader yang duduk di sebelah aku tu... Nampak dari riak wajah dia tu, berminat sungguh nak bersembang lebih dengan aku.. huhuhu... dia tanya la aku blaja lagi ke, aku buat apa sekarang... dan aku pun beritahulah serba sedikit tentang diri aku... study arabic lenguage dll...

Sampai 1 part perbualan kami, dia beritahu yang dia dan kawan2 dia adalah bisnes men dari india dan tujuan mereka ke malaysia ni adalah untuk travel dan release tension... katanya 24jam bekerja... so skali skala kene pergi travel ke sana ke mari... Thailand sudah, kali ni Malaysia pula dan next Singapore...

 Wah aku pulak jadi berminat nak sembang dengan dia. Hal2 bisnes ni memang aku agak berminat jugak la... Rupanya dia ni tokey baju dan seluar jeans, ada kilang sendiri yang produce product dia.. perghh mantaaapp... aku pun bukak la crite yang aku ni ade la berniaga skit2 jadi agent jubah dan sebagainya... Dia pun agak teruja jugak bila dapat tau yg aku ni bidang pelajaran, tapi minat bisnes...

last skali aku tanya dia, dari tahun bila dah start bisnes? Mungkin dia silap dengar agaknya... dia beritahu aku income dia setiap bulan...

 50k... 

What???????

Aku tengah bersembang dengan real bisnes men rupanya... hartawan woooo!!!!...

Macam tak percaya la pulak.. perghhhhhhhh...

hahahaha... nampak tak keterujaan tu?? hahaha

Patut la pakaian masing2 agak kemas... 

ada yang tokey emas... ada yang tokey serbuk kari dan macam2 lagi... mereka ni bukan adik beradik tau, tapi kawan2 semua... tokey sama tokey pergi melancong maaa... perghhh mantap... Mereka ada persatuan peniaga mereka...

Aku rasa makin semangat nak teruskan bisnes yang aku tengah buat sekarang ni... Cara berfikir orang bisnes ni lain dari orang yg kerja makan gaji... Aku bukan nak merendahkan mana2... cuma nak jelaskan memang terdapat banyak perbezaan dari sudut cabaran dan cara berfikir orng bisnes dan org makan gaji...

Hari yang penuh hikmah bagi aku dalam keadaan hari2 sebelumnya aku dipukul oleh pelbagai tanggapan berkenaan dengan apa yang aku cuba buat... akhirnya haritu aku seolah2 beroleh ketenangan dan bertambah yakin dengan apa yang cuba aku lakukan... 

setelah sampai ke batu cave, aku membawa haluan aku dan mereka pun pergi ke tempat yang mereka hendak tuju... keterujaan bercampur dengan semangat.. Allah2.. tuhan sahaja yg tahu pada waktu tu...

Sambil menunggu sahabat aku datang untuk bawa aku ke Gombak, ada makhluq datang menyapa aku


Ha tu la dia makhluq nya.. hehehe... mengesat2 kepalanya di kaki aku... nak mintak makan la tu... pergi la kejap ke kedai runcit berdekatan dan belikan sebungkus keropok ikan... 


Bila bagi dia makan tu, nampak sangat kebulur nya tu... sampai jari aku pun nak digigitnya huhuhu... 

Selang beberapa minit... sahabat aku pun sampai... dan kami bergerak ke Gombak.. 

Moral of the story... jangan malu untuk bertegur sapa dengan orang yang kita belum kenal atau orang dari bangsa lain... Boleh jadi ada manfaat yang kita boleh dapat dari dia... tak sikit banyak, tak banyak sikit... :)

Sekian dulu ya... kita sambung nanti untuk day 2 nanti ya :)







0 comments:

Post a Comment