Tuesday 23 February 2016

Penting! Merawat Mata Dari Usia Awal dan Kesannya

Assalamualaikum Gaiss!..

Kenapa tajuk kita hari ni tentang mata.? sebab mungkin mata ni sangat berharga.. tanpa mata keupayaan manusia terbatas.. mata juga penting pada usia awal 7 tahun.. kerana budak yang baru dak belajar huruf dan baru nak kenal hidup dan bermasyarakat nih perlukan mata yang jelas untuk peglihatannya!..



Bayangkan pada kita usia awal 7 tahun yang baru nak kenal huruf.. dan kita dah mula rabun.. bayangkan suasana kita nak belajar susah.. tak nampak visual dengan jelas dan seperti tidak berada di alam nyata!.. kenapa aku cakap macam tu?. sebab untuk pengetahuan korang aku pun rabun pada awal usia.. dan pengalaman aku sebagai seorang yang rabun adalah lambat dalam mengenal suasana sekeliling.. penting ke.?

Agak kelakarkah.? tapi sebenarnya agak tersiksa sebab tak buat rawatan awal nih.. takpe barang yang lepas jangan dikenang cerita pengalaman takpe.. dekat sini juga aku nak cerita kesannya dalam hidup seharian.. aku rabun, bila orang angkat tangan aku tak nampak jelas.. mereka kata aku sombong tak kesudah.. waktu belajar aku duduk meja tengah bila cikgu tulis dekat papan hitam aku kedepan nak tulis.. cikgu marah! katenya"Kenape duduk kedepan.? gi duduk tempat awak semula!" aku jawab sebab tak nampak.. rakan lain semua gelakkan.. kelakarkan.?

Dan bila dah masuk umur dewasa aku bekerja.. nak tahu apa jadi ditempat kerja.? bulan pertama aku masuk berbagai cacian aku terima.. disebab kan aku rabun, aku bagi tahu semua kawan sekerja aku yang aku rabun.. mereka faham.. kekadang mereka tak tahan dengan keadaan aku nih.. tak beli cermin mata.? macam mana nak beli duit pun belum ada masa tu.. baru mula kerja bro!.

Orang rabun ni leceh.. cacat dimata masyarakat.. menyusahkan ramai orang disekeliling.. dan cara social pun sangat berbeza dengan kawan lain.. aku cerita kesan rabun ni bukan untuk korang yang jelas terang visualnya.. aku bagitahu ni untuk korang yang ada kawan adik beradik, sedara mara emak dan ayah yang ada masalah rabun..

Perbezaan fokus orang rabun.. low pickup.


Manusia mana yang nak penglihatan mereka tak jelas?.. hatta, gambar dan video pun kita nak tengok HD 1080p.. 720p pun kira ok.. dapat movie cerita CAM version korang still tengokkan.. hakikatnya tak ramaipun yang suka tengok movie versi CAM berbanding HD!..

Ok akhir penulisan ni aku nak bagi tahu.. kesan dalam kehidupan seorang rabun itu sangat besar.. bagi aku  mereka berbeza.. mereka bersabar dengan keadaan mereka.. kekadang mereka meminta maaf dalam hati.. pada suatu masa mereka kecewa sekejap.. Jadi mari kita sama sama menjadi manusia perihatin pada orang rabun.. mereka tidak cacat, cuma biji mata mereka lebih besar berbanding orang lain.. kemasukan cahaya dalam retina pun bersepah!.

sekian.. :)

0 comments:

Post a Comment